NOTIS:
Proses penamaan calon PRU14 Lancar, tiada provokasi penyokong - KPN
KUALA LUMPUR: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung hari ini di seluruh negara berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden provokasi daripada penyokong parti politik.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kesemua penyokong parti yang hadir untuk menyokong calon mereka di pusat penamaan calon telah mengikut arahan yang ditetapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Alhamdulillah, setakat ini kami lihat tahap keselamatan berjalan dengan baik, tiada ketegangan dan ini merupakan perkara yang positif.
"Tiada isu yang serius ketika proses penamaan calon berlangsung, polis akan terus memperketatkan kawalan keselamatan sehingga PRU14 selesai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Bagi PRU14, SPR menetapkan hari ini sebagai tarikh penamaan calon, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei dan hari pengundian dijadualkan pada 9 Mei.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bm/politik/news.php?id=1459069
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments
Post a Comment