NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

281 ahli PPBM keluar parti, kecewa dengan pemimpin yang berebut jawatan.




Oleh: Faris Mahfuz

UMNO dikritik dengan pelbagai isu oleh netizen terutamanya dalam kalangan pembangkang tidak kurang pula kritikan yang datang dari kalangan UMNO sendiri sehingga menyebabkan tertubuhnya PPBM.

PPBM berjaya menarik segolongan ahli UMNO untuk turut bersama mereka dan bergabung dengan PKR, DAP dan AMANAH untuk membentuk Pakatan Harapan (PH).

PH lantang mengkritik pihak Kerajaan sehinggakan perkara betul peringkat Kerajaan seperti misi kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' turut ditentang dek agenda politik.

Kelantangan pimpinan PPBM mengkritik UMNO telah mencetuskan kontroversi menyebabkan parti itu tidak diiktiraf oleh ROS dngan sebab perlembagaan parti tidak lengkap.

Selain itu, PPBM turut dikejutkan lagi dengan pengumuman keluar parti oleh 281 ahli PPBM Pasir Salak yang diketuai oleh Bekas Penolong Pendaftar bahagian itu, Zainal Abidin Hussin.

Kesemua mereka menyertai UMNO pada 14 April 2018 sehingga menyebabkan pergerakan PPBM Pasir Salak lumpuh.

Menurut Zainal Abidin, tindakan keluar parti secara beramai-ramai itu dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti tersebut yang hanya tahu merebut jawatan tanpa memikirkan nasib akar umbi.

"Kepimpinan tertinggi PPBM asyik berebut jawatan sehinggakan nasib kami langsung tidak dipedulikan malah jawatan yang dijanjikan pun hilang entah ke mana"

"Jadi kami asyik tertanya-tanya ke mana arah kami sekiranya perebutan itu terus berlaku. Lebih baik kami pulang ke pangkal jalan dan kembali kepada UMNO," kata beliau.

Sumber: https://www.mayanasional.net/2018/04/16/81-ahli-ppbm-keluar-parti-dakwa-pimpinan-mereka-hanya-berebut-jawatan/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo