NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: Chin Tong bakal cabar Ka Siong


Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dinamakan sebagai calon di kerusi Parlimen Ayer Hitam untuk mencabar Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng pada majlis sambutan ulang tahun ke-52 DAP di Ayer Hitam, pagi Ahad.

“Kami meletakkan saudara Chin Tong di kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) ” kata Setiausaha Agong DAP.

Sebelum ini, DAP dilaporkan menyerahkan kerusi Parlimen itu kepada Parti Amanah Negara (PAN), namun hasrat itu dibatalkan selepas DAP gagal dalam rundingan mendapat tambahan kerusi DUN Johor.

Chin Tong adalah penyandang kerusi parlimen Kluang manakala Ayer Hitam dipegang oleh Ka Siong sejak tiga penggal lalu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo