NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keretapi Sabah terlalu daif - PAS Sabah


Oleh: AMIRUDDIN MOHD ROSDI

KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah melahirkan rasa amat dukacita terhadap kemalangan yang menimpa seorang remaja ketika beliau menaiki kereta api dari Beaufort ke Tenom pada 19 Mac 2018.

Ketua Penerangan PAS Sabah, Abdul Hisham Othman berkata, pihak kerajaan negeri seharusnya mengambil perhatian serius terhadap peristiwa tersebut. Beliau berkata demikian ketika membuat kunjungan ke rumah keluarga mangsa di Kg. Entabuan Tenom.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Keningau berkata, walaupun kejadian ini takdir Allah SWT, tetapi pihak yang berkenaan seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran daripada kejadian tersebut.

Beliau difahamkan kereta api di antara Beaufort dengan Tenom ini tidak mempunyai sistem tiket yang sempurna, di samping keadaan gerabak yang sudah terlalu uzur. Perkara ini harus diberi perhatian memandangkan pengangkutan ini adalah antara pengangkutan utama antara dua daerah tersebut.

Hal yang demikian mencetuskan kemarahan rakyat Sabah, seolah-olah dianaktirikan dari aspek pembangunan. Di Semenanjung, sudah terdapat kereta api elektrik, kereta api laju dan pelbagai jenis pengangkutan canggih. Hal ini amat berbeza dengan pengangkutan di Sabah yang jauh ketinggalan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo