NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MAPPIM Sokong Penuh Tuntutan Hak Biasiswa Pendidikan Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.



Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) menyokong sepenuhnya ucapan Dato Hj Abdul Raof Hussin, mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia merangkap Presiden Persatuan Pesara Pengawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, yang telah membentangkan tuntutan-tuntutan kluster pendidikan Ummah di Konvensyen Kebangkitan Ummah(KKU), pada 13 Jan Sabtu yang lalu.

Ucapan beliau telah mendapat banyak liputan media dan portal berita ialah,

" Perlembagaan Malaysia 153 perkara 1, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam pendidikan..penganugerahan biasiswa, danasiswa, penempatan di instituisi pendidikan, mesti dikembalikan kepada orang melayu, dan bukan orang lain. Sebab ini telah termaktub dalam perlembagaan".

Sebahagian daripada media dan portal berita telah menyiarkan nya dalam konteks yang salah, memutarbelitkan kenyataan beliau sehingga mengangapkan beliau telah membuat seruan supaya kaum lain dinafikan hak mereka dalam pendidikan termasuk biasiswa dan instituisi pendidikan.

Gambaran memomokkan ucapan beliau telah memberikan komen yang tidak sihat serta ruang fitnah, kepada Konvesyen Kebangkitan Ummah (KKU) agar dilihat ekstrim, rasis dan tidak harmoni.Juga telah ditokok tambah dengan kenyataan-kenyataan yang telah dipetik daripada ulasan media dan portal berita yang disiarkan secara salah konteks.

Sedangkan ucapan beliau adalah untuk menyeru dan merayu kepada kerajaan supaya mengingati dan menginsafi kembali serta wajib menunaikan hak yang sepatutnya, sebagaimana yang terkandung dalam "peruntukkan khusus dan eksklusif" dalam Perlembagaan Malaysia fasal 153 perkara 1, hak orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dalam pendidikan, sewajarnya diberi secara "execlusive rights" tampa mengurangkan hak-hak kaum- kaum yang lain.

Persoalan nya ,

1.Mengapa kaum lain merasa irihati dan sukar memahami perkara ini ?

2.Adakah mereka tidak bersetuju dengan Perlembagaan Malaysia dalam fasal 153 perkara 1 ini ?

3.Adakah mereka faham kontrak sosial yang telah dipersetujui secara bersama-sama dalam fasal 153 (1) Perlembagaan Malaysia ? dan,..

4.Adakah mereka faham sebagai warganegara Malaysia, mereka juga mesti memahami dan menerima dengan lapang dada tampa mempersoalkan peruntukkan-peruntukkan yang telah terkandung dalam Perlembagaan Malaysia termasuk dalam Fasal 153 (1).

5. Sekira mereka faham, maka tidak timbul masalah untuk mencabar dan mempertikaikan hak orang melayu dan bumiputera dalam perkara yang eksklusif dan asas dalam Perlembagaan Fasal 153 (1).

Atau pun,..adakah;

Mereka suka dan mahu melihat orang melayu khusus nya orang Islam, bumiputera Sabah dan Sarawak ketingalan dan mundur dalam bidang pendidikan ?

Sedangkan Perlembagaan Malaysia telah menjamin semua hak kaum- kaum yang lain bebas, adil dan harmoni untuk hidup dinegara ini.

Maka suara tuntutan Ummah adalah, untuk memberi kesedaran kepada orang melayu Islam dan bumiputera supaya bersatu padu dalam memperjuangkan hak-hak mereka yang telah diabaikan tanggungjawabnya, oleh kerajaan tampa mengenepikan dan mengurangkan hak dan kepentingan kaum lain.

Kaum-kaum yang lain bebas menuntut hak mereka sebagaimana yang ada yang telah diperuntukkan dan dijamin dalam perlembagan untuk hidup dalam persaingan yang adil, bebas dan harmoni.

Untuk menjadi negara yang lebih maju, aman, harmoni dan sejahtera semua kepentingan rakyat disetiap segmen dan setiap bidang haruslah disepakati, didokong dan dihormati merentasi kaum, agama dan politik.

Maka Ummah dicadangkan untuk memainkan peranan yang lebih besar, lebih efektif serta penuh bertanggunjawab bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang lebih berdaya maju, harmoni dan sejahtera.

Mohd Zai Mustafa
Ketua Eksekutif
MAPPIM
© all rights reserved
made with by templateszoo