NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Shahnon Ahmad meninggal dunia



Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Shahnon Ahmad meninggal dunia di Hospital KPJ, Kajang kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Allahyarham yang juga bekas ahli parlimen Sik dilapor menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun.

Laman Facebook Dewan Sastera memaklumkan jenazah akan disolatkan di Surau Madani Seksyen 3, Bandar Baru Bangi selepas solat Zuhur.

Dilahirkan pada tahun 1933 di Sik Kedah, Shahnon mula menghasilkan novel pertamanya, Rentong pada 1956.

Sejak itu nama Shahnon semakin dikenali dalam dunia sastera.

Novel ketiga beliau Ranjau Sepanjang Jalan (1966) dijadikan teks sastera tingkatan enam dan diangkat ke layar perak pada 1983.

Selain itu, novel Srengenge (1973) juga memenangi anugerah Novel Tahunan Malaysia pada tahun 1970.

Shahnon menerima anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1982.
© all rights reserved
made with by templateszoo