NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PPBM ‘naik angin’ selepas PKR letak syarat kepada Tun M



KUALA LUMPUR – Tindakan PKR yang meletak syarat jika mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) menyebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ‘naik angin’.

Seorang Ahli Majlis Tertingginya, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff membidas PKR dengan memberi peringatan agenda Pakatan Harapan (PH) bukan perjuangan seorang individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini gabungan PH, semua kena berbincang dan memuktamadkan keputusan, bukan dengan PKR yang menentujan syarat dan cara gabungan ini diuruskan.

“Kami tidak mahu PH dilihat sebagai satu gabungan untuk Anwar,” beliau dipetik berkata.

Rais Hussin memberi respon susulan laporan kononnya PKR meletak syarat sebelum bersetuju untuk menamakan Mahathir sebagai calon PM sementara.

Difahamkan, dalam satu mesyuarat biro politik baru-baru ini, PKR meletak syarat kepada Mahathir yang antaranya
membebaskan segera Anwar dan kemudian melantiknya sebagai perdana menteri baru dalam masa enam hingga 12 bulan selepas kita mengambilalih kuasa.

PKR juga juga mahu Mahathir berjanji bahawa beliau hanya akan menjadi perdana menteri sementara sehingga Anwar mengambil alih.

Mahathir juga perlu menandatangani syarat-syarat yang dikemukakan oleh PKR tersebut. – MalaysiaGazette
© all rights reserved
made with by templateszoo