ISTANBUL: Turki bakal mengeluarkan kereta buatannya sendiri menjelang 2021, menerusi jalinan usaha sama dengan lima buah syarikat, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).
Majlis pelancaran usaha sama itu berlangsung di Istana Presiden dan dihadiri Presiden Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri, Binali Yildirim dan Menteri Sains, Industri dan Teknologi, Faruk Ozlu.
Lima syarikat tersebut ialah - Anadolu Group, BMC, Kiraca Holding, Turkcell dan Zorlu Holding.
Erdogan, mengucapkan terima kasih kepada syarikat berkenaan, di atas usaha sama yang terjalin dan berjanji akan menyokong penuh usaha itu.
Beliau berharap prototaip pertama kereta buatan tempatan itu dapat disiapkan pada 2019 dan jualan bermula pada 2021.
"Kita akan menghasilkan kereta tempatan Turki yang pertama, dengan reka bentuk dan teknologi terbaik untuk negara dan dunia," katanya.
Menurut Erdogan, adalah memalukan kerana Turki berada di belakang dalam industri pembuatan kereta, sedangkan pada tahun lepas sahaja lebih 750,000 kereta telah terjual.
Turki pernah menghasilkan kereta tempatan pada 1961, yang dipanggil Devrim (Revolusi), namun projek itu gagal.-- BERNAMA
SEREMBAN - Senarai calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini akan diumumka...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.