NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Halang Muslimah Bertudung Bukan Diskriminasi – Presiden Persatuan Hotel Malaysia


Putrajaya: Perkataan ‘diskriminasi’ tidak boleh digunakan ke atas syarikat yang melarang pemakaian tudung oleh pekerjanya, demikian dakwaan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Hotel Malaysia, Cheah Swee Hee ketika mengulas larangan berhijab oleh hotel-hotel yang ada di negara ini. 

“Kita tidak boleh gunakan ayat diskriminasi (isu larangan tudung). Ia kerana syarikat ada polisi masing-masing.” 

Menurutnya laporan yang diterbitkan oleh The Malaysian Insight, larangan yang wujud bergantung kepada standard operasi dan polisi syarikat yang terbabit dan bukan sesuatu yang berbentuk diskriminasi.

 “Ia lebih kepada polisi dan SOP yang digunakan hotel di seluruh dunia. Ia bukan (Islamophobia) kerana sudah dibuat sejak awal lagi. Jadi, mereka ada SOP,” tegas Cheah Swee Hee lagi.

Isu ini telah didedahkan oleh Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) apabila pekerja muslimah yang diarahkan untuk membuang tudung oleh majikan membuat aduan. 

Sebelum ini pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik bukan Islam keras menentang usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah atas dakwaan, pemerkasaan ini akan membawa kepada campur tangan Mahkamah Syariah ke dalam urusan orang bukan Islam.

© all rights reserved
made with by templateszoo