NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS tak akan calonkan Mahfuz



KOTA BHARU – PAS tidak akan mencalonkan bekas naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar yang juga penyandang kerusi Parlimen Pokok Sena dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.

Mahfuz juga diminta keluar daripada PAS kerana tindakannya yang memberikan sokongan terbuka kepada Pakatan Harapan yang didalangi DAP.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya telah mempunyai calon bagi menggantikan Mahfuz.

Dalam masa sama, beliau turut menegaskan mana-mana wakil rakyat PAS yang menentang parti itu serta memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan.

“Saya beritahu terus terang, Mahfuz tidak akan bertanding lagi. Mereka yang menentang PAS tidak akan dicalonkan lagi.

“Itu pendirian kita. Kita akan ganti dengan calon yang lebih baik mengantikannya (Mahfuz) di Pokok Sena,” katanya.

Ketika ditanya adakah PAS akan mengambil tindakan termasuk memecat Mahfuz, Mohd. Amar secara sinis berkata, pihaknya tidak perlu berbuat demikian kerana Mahfuz terlalu kecil.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selePAS ceramah umum 27 tahun Membangun Bersama Islam di Kampung Jejawi, Padang Tembak di sini malam tadi.

Sebelum ini, Mahfuz bersama tiga Ahli Dewan Undangan Negeri PAS iaitu Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit), Mohd. Nasir Mustapa (Kubanh Rotan) dan Dr. Syed Azman Syed Nawawi (Batu Burok) hadir dalam Konvensyen Nasional 2017 PAN di Alor Setar, Kedah.- MalaysiaGazette
© all rights reserved
made with by templateszoo