NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Honda panggil balik 2,814 unit HR-V



KUALA LUMPUR: Honda Malaysia Sdn Bhd memanggil balik 2,814 unit HR-V model 2016 disebabkan kemungkinan batang penstabil hadapan akan pecah di bawah tekanan tinggi.

Honda Malaysia dalam satu kenyataan berkata, semua pelanggan terbabit akan dimaklumkan menerusi surat, yang termasuk perincian berhubung panggilan semula produk itu.

Syarikat itu berkata, kawalan suhu tidak mencukupi semasa proses pengeluaran berkemungkinan memberi kesan kepada kekukuhan batang penstabil, sekali gus menjurus kepada kemungkinan ia akan pecah ketika berada pada tekanan tinggi.

Batang penstabil yang pecah boleh menyebabkan tayar tidak seimbang, menjadikan pemanduan tidak stabil dan kenderaan menarik ke kira atau ke kanan.

"Setakat hari ini, tiada insiden pelanggaran atau kecederaan berhubung isu ini dilaporkan di Malaysia.

"Honda Malaysia mengambil langkah awal ini bagi memastikan keselamatan pelanggan dan ikhlas menyesali sebarang kesukaran dihadapi mereka yang terbabit," katanya.

Semua batang penstabil hadapan terbabit akan diganti dengan yang baharu.

Honda Malaysia akan menanggung kos peralat yang diganti dan caj buruh berkaitan panggilan semula itu.

Pemilik kenderaan boleh menyemak status kenderaan mereka di www.honda.com.my, atau www.productrecall.honda.com.my, atau menghubungi nombor bebas tol Honda di 1-800-88-2020.

Sumber:BHarian
© all rights reserved
made with by templateszoo