KOTA KINABALU, 19 Okt (Bernama) -- Seorang bekas menteri persekutuan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah yang dianggarkan bernilai RM 1.5 bilion.
Anggota Parlimen berumur 60 tahun itu tiba di pejabat SPRM Sabah kira-kira pukul 5.15 petang.
Beliau yang juga presiden sebuah parti tempatan Sabah tiba di pejabat agensi berkenaan dengan ditemani beberapa peguam dan penyokong partinya.
Sebelum itu, ketika sidang media ringkas di kediamannya, bekas menteri persekutuan itu berkata beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam siasatan itu.
"Kita akan bagi kerjasama sepenuhnya untuk mereka siasat. Saya tahu SPRM hanya melakukan tugas mereka. Jadi lakukanlah siasatan dengan baik," katanya.
Sebelum itu, beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira pukul 3.30 petang.
Setakat ini, sembilan individu telah ditahan bagi membantu siasatan SPRM berhubung isu dana berkenaan dan tujuh daripada mereka dibebaskan dengan ikat jamin SPRM manakala seorang lagi masih dalam tahanan reman.-- BERNAMA
HULU SELANGOR : Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) pada 11 Mei ini akan menjadi referendum bagi menyatakan kegagalan Kerajaan M...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.