NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aktivis PPIM Perlu Dibela – Pemuda PAS


Kuala Lumpur: Penguatkuasa perlu membela pejuang seperti dua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang didakwa di bawah Kanun Keseksaan dan bukannya melindungi petualang sebagaimana yang didedahkan oleh pihak mereka, demikian kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Menurutnya, tindakan mengheret dua aktivis itu dengan dakwaan di bawah Kanun Keseksaan adalah lantaran tergugatnya para mustakbirin yang kepanasan terhadap sensitiviti yang dibangkitkan oleh pihak PPIM.

“Mereka dilihat mahu selesa bermaharajalela dengan segala bentuk kegiatan haram yang dilakukan, lalu membalasnya untuk melemah dan membantutkan peranan yang dilaksanakan itu,” katanya.

Beliau yang turut memuji tindakan Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM, Yusuf Azmi dan rakan-rakannya berkata, usaha menggerakkan amar makruf ini bukan perkara yang mudah. Malah, tidak ramai yang sabar dan punya keberanian untuk berhikmah terhadap segala kezaliman dan penyelewengan yang berlaku.

Justeru itu, beliau menggesa agar pihak kerajaan bertindak tegas dan tidak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak agar tidak memberi kedudukan kondusif kepada kegiatan jenayah yang dilakukan.

“Kami percaya Yusuf dan rakan-rakannya sedang difitnah atau diperangkap, namun kami yakin pihak berkuasa bertindak profesional melaksanakan proses perundangan berkaitan. Sebagai solidariti, kami menawarkan khidmat pasukan peguam pemuda kepada Yusuf dan rakan beliau,” jelas beliau.--Menara (Harakahdaily)
© all rights reserved
made with by templateszoo