NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

#RUU164: PAS sahaja yang menentang?

Sikap PAS adalah jelas, apabila baik untuk umat dan Islam kita sokong walau pun dibawa oleh kerajaan. Kalau sebaliknya, PAS akan lawan walau pun dibawa oleh kerajaan. Ini sikap PAS. 


Walau pun RUU 164 dibawa oleh kerajaan. 13 MP PAS menentang. Kami bangun untuk Speker benarkan kira belah bagi. Supaya dikira setiap orang. Tapi apa kan daya. Peraturan dewan menetapkan mesti ada 15 org baru boleh dikira undi belah bagi. Mesej jelas. Dato Takiyudin dan Dr Khairudin yang bahas mewakili PAS amat jelas. 

13 MP PAS sahaja yang bantah, walau pun kerajaan yang bawa. Sikap PAS adalah jelas, apabila baik utk umat dan Islam kita sokong walau pun dibawa oleh kerajaan. Kalau sebaliknya, PAS akan lawan walau pun dibawa oleh kerajaan. Ini sikap PAS. 

Tidak timbul isu PAS ber UG dengan umno apabila sokong RUU 355. Kerana ia baik untuk umat dan Islam. Nasihat saya kepada ahli PAS janganlah kita "terlajak cerdik" menuduh mereka yang menyokong RUU 164 telah makan dedak DS Najib. Sebagai mana yang selalu dituduh kepada PAS. Biarlah mereka kata kepada kita. Buktikan dengan amalan. Selagi kita pegang dengan Islam kita tenang dengan semua keadaan.

PAS matang, rasional, istiqamah, berhikmah, berilmu dalam tindakan. Sejahtera Bersama Islam. Aslim taslam. Islam selamat, negara selamat. Islam selamat Melayu selamat. Islam selamat Cina selamat. Islam selamat India selamat. Islam selamat, Kadazan, Dusun, Murut, Iban selamat.
© all rights reserved
made with by templateszoo