NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU164: Di mana suara Asmuni Awi dan anaknya?



Masih saya ingat lagi betapa Pengerusi AMANAH Perak, Asmuni Awi, dan anak beliau, Mohd Fitri Asmuni (yang kini menjadi peguam bela Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa di dalam saman ke atas saya), pernah bertembung dengan Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kula Segaran, selain Aston Paiva dan N Selvam, dalam kes perebutan hak penjagaan anak antara Indira Gandhi dan bekas suami beliau, Muhammad Ridzuan Abdullah (K Patmanathan).

Bila timbul isu sama ada perintah hak penjagaan anak dari mahkamah syariah boleh diketepikan atau tidak bila Indira Gandhi mendapat perintah yang sama dari mahkamah sivil, Asmuni Awi lantang berhujjah bahawa mahkamah sivil tidak boleh mencampuri urusan mahkamah syariah kerana mahkamah syariah dikatakan mempunyai status sama dengan mahkamah sivil di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Malah, sehingga kini Muhammad Ridzuan masih gagal menyerahkan anak bongsu mereka, Ummu Habibah (Prasana Diksa), yang berada di dalam jagaan beliau sejak tahun 2009 kepada Indira Gandhi.

Saya lihat Asmuni dan Mohd Fitri senyap tidak bersuara tatkala rakan-rakan mereka di dalam DAP, khususnya M Kula Segaran, malah rakan-rakan mereka di dalam AMANAH, khususnya Datuk Dr Mujahid, bersuara lantang dalam isu RUU 164.

Menarik untuk dilihat apakah mereka kini sudah menyokong posisi yang diambil oleh bekas lawan mereka di mahkamah, khususnya M Kula Segaran, dan boss mereka di dalam AMANAH, khususnya Datuk Dr Mujahid, dalam isu RUU 164 ini.

Apa khabar agaknya Mohd Ridzuan dan Ummu Habibah sekarang, dan mengapa agaknya tatkala DAP sibuk menjaja Indira Gandhi ke sana ke mari tiada usaha dibuat untuk membolehkan suara Mohd Ridzuan dan Ummu Habibah didengari sama?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1630361143674604&id=100001022016761
© all rights reserved
made with by templateszoo