NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rasuah : Aset bekas Presiden Brazil dibeku.

Sebuah mahkamah di Brazil mengarahkan aset milik bekas Presiden Luiz Inacio Lula da Silva, termasuk sebuah pangsapuri mewah, dibekukan kerana didapati bersalah melakukan rasuah.

RIO DE JANEIRO - BRAZIL, 20 Julai - Sebuah mahkamah di Brazil mengarahkan aset milik bekas Presiden Luiz Inacio Lula da Silva, termasuk sebuah pangsapuri mewah, dibekukan kerana didapati bersalah melakukan rasuah.

Agensi berita China Xinhua melaporkan, arahan pembekuan itu dikeluarkan pada Rabu oleh Hakim Sergio Moro.

Pangsapuri mewah yang terletak di bandar pantai Guaruja, Sao Paulo itu didakwa diberikan sebagai rasuah oleh syarikat pembinaan OAS.

Selain itu, tiga pangsapuri, satu lot tanah dan dua buah kereta turut dibekukan mahkamah namun beliau dan keluarganya masih dibenarkan menggunakan aset berkenaan tetapi tidak boleh menjualnya.

Lula turut menerima hukuman penjara sembilan tahun setengah, tetapi boleh dibebaskan melalui rayuan manakala wang tunai bernilai 600,000 reals (kira-kira AS$190,500) dari empat akaun bank milik beliau dirampas.

Bekas Presiden itu bagaimanapun, menafikan semua tuduhan dan pihak peguam pembela mendakwa hakim berat sebelah kerana hukuman tetap dijatuhkan meskipun kekurangan bukti yang jelas.

Menurut Lula, beliau dan isteri sekadar melawat pangsapuri di Guaruja dan menolak untuk membelinya.

Pihak pembela juga membantah keputusan membekukan aset kerana tidak dimaklumkan dengan secara terpeinci sebelum ia didedahkan kepada media. (Bernama)
© all rights reserved
made with by templateszoo