NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH: Ahmad Awang diketepikan dalam kepimpinan?



SURAT TERBUKA BERKENAAN PENGABAIAN TERHADAP TUAN GURU HJ. AHMAD AWANG OLEH HAR^PAN.

Saya selaku YDP Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta bagi kawasan Sungai Buloh mewakili suara akar umbi di kawasan ini ingin melahirkan rasa tidak puas hati berkenaan pemilihan jawatankuasa Pakatan HAR^PAN sebagaimana yg diumumkan oleh Pengerusi HAR^PAN Tun Dr. Mahathir baru-baru ini. Bagi kami adalah tidak wajar sosok sehebat Tuan Guru Hj. Ahmad Awang di ketepikan langsung dari menjawat jawatan kanan dalam HAR^PAN.

Ini kerana jasa-jasa dan sumbangan tuan guru Ahmad Awang sangatlah besar terutamanya kita menggerakkan tsunami didalam PAS menentang Hj. Hadi. Di kala Presiden Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta yg pada masa itu merupakan Timbalan Presiden PAS pun penakut untuk menentang Hj. Hadi maka hadirlah Tuan Guru Ahmad Awang dengan penuh gaya bangkit membawa arus tsunami yg hebat di dalam PAS hinggakan PAS hari ini lumpuh di serara negara. 

Namun apa yg mendukacitakan setelah kejayaan dikecap legasi hebat tuan guru ini cepat benar dilupakan seolah-olah ade gerakan terancang untuk mengabaikan individu yg banyak berjasa dalam Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta ini. 

Jika semasa gerakan tsunami menumbangkan PAS dulu tuan guru itu diusung kemana sahaja, disanjung-sanjung dan dipuja-puja namun kini semuanya sepi bahkan hanya diundang untuk membacakan doa merasmi serta hanya berhidang meggi sahaja. Inikah cara kita menghargai wira yg membentuk asas parti kita? Seharusnya Tuan Haji Mohamad Sabu sebagai presiden parti mendesak agar HAR^PAN meletakkan Tuan Guru Ahmad Awang sebaris dengan Tun Mahathir yg bertindak sebagai Pengerusi dan juga Datuk Seri Anwar yang berjawatan Ketua Umum.


Justeru kami mendesak agar Tuan Guru Ahmad Awang dilantik sebagai Mursyidul Am bagi HAR^PAN bagi menghargai sumbangan beliau dan kami ahli Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta di kawasan sungai buloh yg berjumlah 300 000 orang memberi amaran akan meninggalkan HAR^PAN jika Tuan Guru Ahmad Awang tidak dilantik sebagai pemimpin kanan HAR^PAN.

Sekian, terima kasih.

Dr. Ustaz Mohd Habib Abdullah (Ph.D Hadas Kubro, Univ. Mutaah Jordan)
Yang Di pertua,Parti Amanah Negara Tanah Air Tercinta Kawasan Sungai Buloh.
Parlimen Subang.                        

© all rights reserved
made with by templateszoo