NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pegawai tinggi kerajaan tidak faham Perlembagaan?


Mengapa ada ahli politik yang melayan desakan pihak minoriti menuntut agar melonggarkan syarat lulus BM dalam perkhidmatan kerajaan. Masa saya hendak disahkan sebagai pegawai perubatan kena duduki peperiksaan. Soal Perlembagaan yang besar kena tahu. Masa itu kena tulis dalam BM. Saya tidak tahu kenapa ada pihak yang mahu syarat lulus BM itu perlu dilonggarkan. - Dr Mohamad

BANGI: Kegagalan pegawai tertinggi kerajaan memahami Perkara 152 Perlembagaan menjadi punca timbulnya isu kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu (BM) bagi pelantikan pegawai perubatan. 

Presiden Kolej Universiti Cyberjaya, Prof Datuk Dr Mohamad Abdul Razak, berkata polemik isu kelonggaran syarat lulus BM itu tidak harus berlaku kerana kedudukannya dalam Perlembagaan sudah jelas. 

"Masalah ini timbul apabila pegawai tertinggi...tidak faham Perlembagaan," katanya dalam program Bicara Persada bertajuk Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Sektor Awam: Boleh Dikompromi? di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini. 

Yang turut hadir, Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali. Ahli panel yang lain ialah Pengarah Institut Kajian Etnik UKM, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin; Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, Prof Dr Supyan Hussin dan Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UKM, A Arvend.

Dr Mohamad turut mempersoalkan mengapa ada ahli politik yang melayan desakan pihak minoriti menuntut agar melonggarkan syarat lulus BM dalam perkhidmatan kerajaan. 

Merujuk pengalaman dirinya, Dr Mohamad berkata beliau perlu menduduki peperiksaan yang dijalankan dalam BM jika hendak disahkan jawatan sebagai pegawai perubatan. 

"Masa saya hendak disahkan sebagai pegawai perubatan kena duduki peperiksaan. Soal Perlembagaan yang besar kena tahu. Masa itu kena tulis dalam BM. 

"Saya tidak tahu kenapa ada pihak yang mahu syarat lulus BM itu perlu dilonggarkan," katanya. 


© all rights reserved
made with by templateszoo