NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS anjur Sambutan Hari Malaysia di Sabah.

KUALA KRAU, 8 Julai : PAS akan menganjurkan sambutan Hari Malaysia di Sandakan, Sabah pada 15 dan 16 September ini.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di Kerdau, Temerloh, Pahang hari ini.

Mesyuarat yang selalu diadakan di Kuala Lumpur telah berlangsung di Kerdau kerana Sambutan Hari Raya Aidilfitri PAS Pusat tahun ini telah diadakan di sana.


Keputusan untuk menganjurkan sambutan di Sabah itu akan dilihat sebagai satu penegasan bahawa PAS bukan hanya sebuah parti Semenanjung.

Sejak pilihan raya di tahun-tahun 80an dan 90an, PAS telah turut meletakkan calon-calon di Sabah dan juga Sarawak.

Pada awal penubuhannya PAS telah bertapak di negeri-negeri Pantai Timur dan di Utara tanahair. Kemudian ia telah mengembangkan pengaruhnya ke Pantai Barat dengan memenangi kerusi-kerusi di Johor, Melaka, Selangor, Perak dan Pulau Pinang. PAS juga adalah sebahagian dari kerajaan negeri di Selangor.

Sambutan Hari Raya hari ini telah diadakan di Komplek Al-Makmur milik Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang. Dianggarkan lebih 20,000 orang telah menghadiri majlis tersebut.(1Media.my)




© all rights reserved
made with by templateszoo