NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ambil tindakan ke atas Ecobit - MB Kelantan

Kita minta mana-mana pihak yang terbabit, kalau ada dikaitkan antara CP (Climate Protector) dengan Ecobit, syarikat kena ambil tindakan ke atas Ecobit sebab kita (Kerajaan Negeri) tidak ada perjanjian pun dengan Ecobit - YAB Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob
Pemakluman Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan dua syarikat yang saling berkait, iaitu Climate Protector dan Ecobit telah dimanipulasi banyak pihak sehingga menimbulkan persepsi kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Justeru, YAB Menteri Besar, Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob menegaskan bahawa Climate Protector mesti ambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat Ecobit.

"Kita minta mana-mana pihak yang terbabit, kalau ada dikaitkan antara CP (Climate Protector) dengan Ecobit, syarikat kena ambil tindakan ke atas Ecobit sebab kita (Kerajaan Negeri) tidak ada perjanjian pun dengan Ecobit," tegas Menteri Besar.



Beliau menegaskan demikian ketika sesi penggulungan Persidangan Kali Yang Kedua Bagi Tempoh Penggal Yang Kelima Dewan Negeri Kelantan Ketigabelas.

Isu berkenaan timbul ekoran wujud kerjasama di antara Kerajaan Negeri dengan Climate Protector bagi program Perdagangan Karbon yang dimeterai pada Januari 2017. Hasil carian syarikat mendapati Ecobit wujud pada Mei 2017, iaitu selepas perjanjian ditandatangani. Manakala pemakluman oleh BNM dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar turut mendoakan agar program berkenaan dapat berlangsung dengan baik kerana ia lebih kepada penjagaan khazanah alam untuk jangka masa panjang dan generasi akan datang. Ini baru peringkat permulaan dan pihak Kerajaan bersedia menerima semua pandangan.

"Semoga program ini pada jangka (masa) panjangnya memberi manfaat kepada umat, kepada rakyat kita. In sha Allah, air bertambah jernih, alam sekitar bertambah baik dan itulah hasrat ambo," ujar Ustaz Ahmad menamatkan penggulungan.
© all rights reserved
made with by templateszoo