NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ikut telunjuk DAP punca PKR diceraikan PAS

Pada saya pembangkang menang PRU12 dan PRU13, mereka menang dan menafikan 2/3 daripada Barisan Nasional adalah disebabkan jentera PAS cekap.


SHAH ALAM: Tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR terputus ekoran sikap parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah itu yang mengikut telunjuk DAP, kata penganalisis politik, Datuk Dr Aidit Ghazali.

Justeru kata beliau, keputusan PAS memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR memang sudah dijangka sama sekali, katanya.

"Perkara itu memang saya dah jangka, sebab apa yang PKR dah buat disebabkan mereka mengikut telunjuk DAP, sudah lama kita nampak benda tu hanya nak tunggu macam ada majlis rasmi, mesyuarat rasmi, baru nak diumumkan.

"Jadi, perkara yang sebenarnya dah jelas, hanya tunggu mesyuarat yang rasmi, tunggu Muktamar PAS, tunggu Masjlis Syura untuk bersidang, perkara yang hanya nak tunggu dirasmikan sahaja," kata beliau dalam wawancara bersama Antarapos.

Bagaimanapun Aidit berpandangan, PKR masih mengintai ruang kerjasama bersama PAS kerana menyedari kekuatan yang ada pada jentera parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

“Kerajaan Selangor masih lagi tak singkirkan tiga Exco PAS yang dalam kerajaan negeri sebab masih ada lagi hasrat dan hajat di dalam hati Menteri Besarnya, Azmin Ali supaya paling tidak pun PAS Selangor sanggup bekerjasama.

“Pada saya pembangkang menang PRU12 dan PRU13, mereka menang dan menafikan 2/3 daripada Barisan Nasional adalah disebabkan jentera PAS cekap,"katanya lagi.

Semalam, keputusan tahaluf siyasi PAS-PKR telah dimuktamadkan apabila Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan ‘menceraikan’ PKR yang selama ini dilihat telah banyak mengkhianati perjanjian di antara mereka.

Keputusan itu sememangnya dijangka oleh banyak pihak kerana melihat kepada keyakinan PAS yang semakin berani mengorak langkah untuk bergerak secara bersendirian.

Badan tertinggi PAS itu bagaimanapun berkata, Jawatankuasa PAS Pusat akan menentukan kedudukan exco-exco dan wakil PAS di dalam kerajaan negeri pimpinan PKR itu.

Namun Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi menegaskan keputusan Majlis Syura tidak memberi kesan kepada penyertaan parti itu dalam kerajaan negeri pimpinan PKR yang ada sekarang. ---Antarapos.com
© all rights reserved
made with by templateszoo