NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Datuk Dzulkifli harapan kepada perubahan Felda



PERTUBUHAN Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI) mengucapkan tahniah kepada Datuk Dzulkifli Abdul Wahab diatas pelantikan selaku Pengerusi Felda Technoplant Sdn Bhd (FTPSB) berkuatkuasa 1 Jun 2017.

Dzulkifli adalah individu yang mempunyai pengalaman yang cukup lama dengan Felda selama 30 tahun dan jawatan terakhir beliau adalah Pengarah Besar Felda.

Sebaik Tan Sri Isa Samad menyertai Felda selaku Pengerusi, kedudukan Dzulkifli akhirnya ditolak ketepi.

Sejak tahun 2012 banyak pendedahan mengenai penyelewengan dan kerugian agensi ini. Malah kewujudan Felda Global Ventures (FGV) kemudiannya memberi kesan besar kepada warga Felda yang menatijahkan zaman gelap buat agensi ini.

Felda diambang kegawatan, biarpun pengerusinya yang baru, Tan Sri Shahrir Samad menyatakan agensi itu masih ada harta dan simpanan, namun beliau tidak mampu menafikan simpanan dan harta Felda sebenarnya tidak sebaik prestasinya suatu masa lalu pada zaman Tan Sri Yusof Noor atau yang terdahulu Tan Sri Raja Alias.

Felda yang menjadi kebanggaan dan tempat bergantung khasnya kepada orang Melayu memiliki tanah dan mendapatkan sumber pendapatan kini semakin parah, malah menyebabkan peneroka pula kesusahan.

Melihat pula kepada fungsi FTPSB yang bakal dikendalikan Dzulkifli selepas 1 Jun, NGO GENERASI amat mengharapkan agar beliau mampu memberi sinar baharu kepada FTPSB apatah lagi menurut Akta Tanah (penempatan berkelompok) 1960 kewujudan FTPSB sebenarnya bertentangan dengan akta terbabit.

Sebaiknya insan yang banyak pengalaman seperti Dzulkufli bakal memberi dan membawa satu dimensi baharu kepada hal ini sama ada membawa usaha meminda dan memastikan kewujudan FTSPSB absah dan kemudiannya memberi kebaikan kepada warga Felda.

Tahniah sekali lagi kepada Dzulkifli dan kami amat mengharapkan beliau menyuntik pembaharuan demi kebaikan warga Felda.

USTAZ ROSLAN MD ESA
Presiden NGO GENERASI – HARAKAHDAILY 31/5/2017
© all rights reserved
made with by templateszoo