KOTA BHARU — PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan selagi pakatan itu disertai DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar, yang senada dengan keputusan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu berkenaan, berkata parti itu tidak memerlukan masa sebulan untuk menyertai pakatan itu sebagaimana yang disyaratkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
“Kami sudah membuat keputusan tidak akan bersama-sama (parti pembangkang lain) dengan Pakatan Harapan dan ini bukan macam teka silangkata yang mempunyai tempoh tertentu,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.— BERNAMA
KUALA LUMPUR : Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) yang diluluskan Parlimen tidak mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja dan tidak pernah dilulus...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.