NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Misi Kemanusiaan Skuad Bantuan Banjir Perantau. 

PERANTAU mengambil inisiatif untuk mengadakan misi kemanusiaan dengan turun ke kawasan-kawasan yang terkesan teruk bagi membantu rakyat Terengganu yang sedang dilanda musibah. SKUAD BANTUAN BANJIR PERANTAU telah dibentuk untuk mengatur dan menyelia misi dengan tersusun bagi mencapai sasaran. SBBP ini akan diketuai oleh Ust Solah sebagai Pengarah dan Sdr Mahazan sebagai Setiausaha.
Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, banjir gelombang ke 3 sedang melanda negeri2 pantai timur. Negeri Terengganu tidak terkecuali dengan beberapa daerah terutamanya di bahagian pendalaman turut terjejas di mana rumah-rumah kediaman ditenggelami air, harta benda musnah/rosak, perhubungan terputus serta punca pendapatan hilang akibat daripada kenaikan air yang luarbiasa cepatnya. Tinjauan telah dibuat dan didapati, walaupun banjir sudah mulai surut namun hujan yang tidak menentu boleh mengakibatkan gelombang seterusnya berlaku pada bila-bila masa. Dalam masa yang sama bantuan segera berbentuk keperluan semasa amat diperlukan dan patut dipertingkatkan sehingga musim banjir ini berakhir.

Oleh yang demikian, PERANTAU mengambil inisiatif untuk mengadakan misi kemanusiaan dengan turun ke kawasan-kawasan yang terkesan teruk bagi membantu rakyat Terengganu yang sedang dilanda musibah. SKUAD BANTUAN BANJIR PERANTAU telah dibentuk untuk mengatur dan menyelia misi dengan tersusun bagi mencapai sasaran. SBBP ini akan diketuai oleh Ust Solah sebagai Pengarah dan Sdr Mahazan sebagai Setiausaha.

Misi pertama insya Allah akan bermula pada 14 & 15 Januari 2017 (Sabtu & Ahad) dan akan diteruskan dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Bantuan dan sumbangan kewangan, material, sumber serta tenaga amat diperlukan daripada sahabat2 perantau dan juga orang ramai bagi menjayakan misi kami. Bagi mengelakkan pembaziran, sumbangan berbentuk wang tunai amat digalakkan. Sila masukkan sumbangan tuan/puan ke akaun rasmi Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) seperti berikut:



• No akaun:  562834636295 
• Jenis akaun: Akaun Semasa-I
• Bank: Maybank Islamic

Manakala para sukarelawan / sukarelawanis yang ingin turut serta boleh menyertai kami dengan mengikuti jadual yang akan diumumkan dari masa ke semasa oleh Pengarah & Setiausaha.

Begitu juga penyumbang kenderaan boleh hubungi SBBP bagi menyusun gerak-kerja.

Pengumuman-penguman misi seterusnya akan dibuat dari masa ke semasa.

Sila hubungi AJK SBBP berikut untuk sebarang maklumat:

a) Sumbangan tunai dan lain2:

Ust Sabri : 0137010897
Ust Zulhimi: 0129283560

b) Kenderaan / alatan:

Hamdan: 0193301993
Dr Fuad:  0193326629

c) Sukarelawan/nita:

Ust Sabri : 0137010897
Naim : 0145062156

d) Lain- lain hal:

Pengarah:  0192032497
Setiausaha: 0182488506


Sekian bagi pihak PERANTAU saya sudahi dengan ucapan jazakumullahu khairan katsiran wa jazakumullahu ahsanal jaza.

-SU PERANTAU-


© all rights reserved
made with by templateszoo