NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parti Reformasi Negeri Sarawak anggap DAP bodoh


Pada masa lalu mereka (DAP) dapat bekerjasama dengan PAS, berkata undang-undang Islam hanya untuk orang Islam. Sebaik sahaja DAP mendapat kuasa, mereka berpaling dan buang (melemparkan) PAS keluar dengan menggunakan alasan hudud                 
KUCHING: DAP adalah bodoh kerana bermusuh dengan PAS. Pertelagahan ini akan menyebabkan Pakatan kehilangan kerusi yang sebelum ini kemenangan mereka banyak dibantu Parti Islam tersebut.

Demikian menurut kenyataan dari Parti Reformasi Negeri Sarawak menganggap tindakan DAP bertelagah dengan PAS sebagai satu tindakan bodoh.

Dalam temu bual dengan FMT, Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak, Lina Soo berkata apabila bertelagah dengan PAS, Pakatan (Harapan) akan kehilangan kerusi di mana DAP sebenarnya telah bergantung kepada nama baik ahli-ahli PAS untuk menang.

Pada masa sama, beliau menyatakan UMNO kini telah memikat PAS kerana mereka tahu PAS merupakan sebuah parti yang diyakini boleh memberikan sokongan jentera politik untuk pembangkang menang dalam pilihanraya akan datang.

"Inilah sebabnya pembangkang selama ini mengganggap PAS diperlukan bagi menawan Putrajaya.

"DAP adalah bodoh kerana bermusuh dengan PAS.

"Dahulu mereka (DAP) dapat bekerjasama dengan PAS, berkata undang-undang Islam hanya untuk orang Islam. Sebaik sahaja DAP mendapat sedikit kuasa, mereka berpaling dan buang PAS keluar dengan menggunakan alasan hudud, "kata Soo.


Soo yang ternyata kesal dengan tindakan DAP tersebut berkata, tindakan DAP itu telah memakan diri mereka sendiri.

Tambah beliau, pembangkang tidak boleh mengambil alih Putrajaya tanpa PAS serta menyifatkan perkembangan politik terkini menyaksikan pembangkang boleh makan hati dengan UMNO.

Soo juga memberitahu FMT pembangkang kini berada dalam keadaan kucar-kacir dan tidak akan mampu memberikan cabaran serius kepada pemerintahan UMNO.

"Pembangkang telah kehilangan peluang keemasan seumur hidup. Apabila UMNO berada di paling lemah, pembangkang mengambil keputusan untuk bergaduh antara satu sama lain,"katanya.

Tambah Soo, pengundi di Sabah dan Sarawak tidak menyukai parti bersifat nasional sebaliknya lebih senang dengan parti kenegerian.

Pada pilihan raya 2013, terdapat 125 kerusi luar bandar dan 54 yang separa bandar, sejumlah 222.


                    

© all rights reserved
made with by templateszoo