NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nahas bas ekspres: Bas dipercayai dipandu laju

Bas itu turut melambung melepasi kabel elektrik sebelum terjunam

MUAR – Bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 137.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara pagi tadi, dipercayai dipandu laju sebelum terbabas sehingga 150 meter.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, bas tersebut bertolak dari Stesen Bas Larkin, Johor Bahru ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur pada pukul 2 pagi tadi.

“Ketika tiba di tempat kejadian, bas itu dipercayai terbabas ke kiri jalan dan mempunyai kesan tayar pada tanah sejauh 150 meter.

“Bas itu turut melambung melepasi kabel elektrik sebelum terjunam sedalam kira-kira 10 meter dan terhenti apabila bahagian depan bas merempuh terowong konkrit di Kampung Jayor, Pagoh,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

– Bernama

SENARAI NAMA MANGSA:

Berikut adalah senarai mangsa yang cedera dalam kemalangan di Kilometer 137, Lebuh Raya PLUS, arah utara di Muar, Johor.

Mereka kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar.

1) Muhammmad Hilmi (Singapura)

2) Mustafa Yasin (Singapura)

3) Muhamad Juhaify (Malaysia)

4) Muhammad Syafiq (Malaysia)

5) Zaw Oo (Myanmar)

6) Mohamed Taufik (Malaysia)

7) Alifah Mohd. Said (Singapura)

8) Cyril Joseph (Malaysia)

9) R. Nagadevan (Malaysia)

10) Mohd. Syed (Singapura)

11) Ral Za Uk (Myanmar)

12) Kesavan (Malaysia)

13) Govinda Raj (Singapura)

14) Muhammad Abdullah (Malaysia)

15) Muhammad Fitri (Singapura)

16) Identiti belum dikenal pasti

- UTUSAN ONLINE
© all rights reserved
made with by templateszoo