NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kuasa Presiden Park Geun-hye mula digantung

Park Geun-hye mula digantung berkuat kuasa pada 7.03 malam untuk memastikan kerajaan yang stabil terus berfungsi. Pihak berkuasa kewangan perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan turun naik dalam pasaran kewangan.

SEOUL: Kuasa Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye mula digantung berkuat kuasa pada 7.03 malam (1003 GMT) selepas Parlimen mengundi untuk mencabar beliau, kata pejabat presiden hari ini.

Perdana Menteri Hwang Kyo-ahn mengambil alih sebagai pemangku dan memaklumkan dalam mesyuarat kabinet beliau akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kerajaan yang stabil terus berfungsi.

Katanya, pihak berkuasa kewangan perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan turun naik dalam pasaran kewangan.

Mahkamah Perlembagaan akan mengkaji usul pemecatan itu, satu proses yang dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan. – Reuters

http://www.bharian.com.my/node/222056
© all rights reserved
made with by templateszoo