"Saya dan PAS tak bayar kepada Clare" - Hadi

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan beliau dan PAS membayar RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

"Saya tak bayar, PAS tak bayar dan dakwaan itu tidak betu," katanya pada sidang media selepas menyampaikan tazkirah kepada kakitangan kerajaan negeri di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Menurutnya, PAS akan memberi penjelasan kepada masyarakat apa yang sebenarnya berlaku mengenai fitnah yang ditaburkan oleh pihak-pihak tertentu berhubung dengan isu berkenaan.

Katanya, perlu disedari bahawa PAS adalah parti yang miskin dan ramai yang menjadi penyumbang kewangan kepada parti itu bukan sahaja orang Melayu termasuk bukan Islam.

"Ada yang memberi sumbangan kepada PAS datang kepada saya khususnya semasa pilihan raya," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PAS membiayai beribu-ribu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), menggaji guru-gurunya dengan menggunakan wang sumbangan orang ramai.

Katanya, apabila tiba pilihan raya ada orang memberi pinjam wang pendahuluan untuk calon pilihan raya.

"Jadi ada orang beri pinjam dengan jumlah yang mencukupi untuk kita bertanding, cuma kita pelik, parti lain dapat duit dari mana.

"Kena tanya parti lain, jangan tanya PAS dan yang menarik PAS menjadi minat semua parti lain sekarang ini," ujarnya lagi.

Berhubung saman Sarawak Report, beliau berkata, PAS menarik balik saman terhadap portal tersebut kerana ada agenda politik di sebalik tuduhan penerimaan wang RM90 juta daripada Umno.

"Sebab itulah kita menarik balik kes mahkamah itu kerana ia agenda politik bukan agenda perniagaan.

"Bahkan kita didatangi oleh pihak tertentu supaya tarik balik kes ini sebelum pilihan raya (PRU14) lagi," ujarnya.

Antara lain, katanya PAS menarik balik saman itu kerana berjaya mempertahankan negeri Kelantan, memerintah semula negeri Terengganu dan menang besar di Kedah dan Pahang termasuk mempunyai kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang agak banyak di seluruh negara.

"Kita berjaya dari segi politik, dengan sebab itu apabila kita telah Berjaya, maka kita tarik kes ini," jelasnya.

Katanya, PAS tidak mahu membuang masa dan wang ringgit untuk melayan segala fitnah ditaburkan untuk dibawa mahkamah.

Sebaliknya kata beliau, PAS akan mengadu kepada Allah dengan menunaikan solat hajat supaya Tuhan membalas segala fitnah yang dibuat terhadap beliau dan parti itu.

"Semoga mereka yang degil dan percaya kepada Tuhan, tidak buat lagi benda-benda yang menfitnahkan PAS ini dan kita serah kepada Allah Ta'ala," ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 7/3/2019


Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget