NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Yakin Tsunami Hijau Telah Muncul

0
PAS telah menggunakan jenteranya di peringkat akar umbi seluruh negara untuk mengumpul maklumbalas awam semenjak hari penamaan calon semenjak 28 April sehingga semalam.

PAS Yakin Tsunami Hijau Telah Muncul


PAS telah membuat jangkaan bahawa tsunami akan melanda Malaysia pada 9hb Mei iaitu hari pilihanraya umum ke-14.

Menurut pengarah pusat penyelidikannya, Mohd Zuhdi Marsuki, gelombang itu bukan biru tua atau biru muda yang merupakan warna BN dan PKR.

Berdasarkan kajian yang dilakukan di lapangan, beliau percaya ia adalah gelombang hijau, warna parti islam itu.

Di dalam laporan yang diterbitkan oleh Harakah Daily, Zuhdi berkata PAS telah menggunakan jenteranya di peringkat akar umbi seluruh negara untuk mengumpul maklumbalas awam semenjak hari penamaan calon semenjak 28 April sehingga semalam.

Baca: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/6559-tsunami-hijau-benar-benar-sedang-berlaku

Beliau berkata kajiannya mendapati terdapat peralihan ketara di kalangan pengundi Muslim kepada PAS dan Gagasan Sejahtera.

Tsunami Hijau ini, tambah beliau, akan membolehkan PAS memenangi sejumlah 128 kerusi parlimen yang ditandinginya di mana pengundi Muslim merupakan 70 peratus dari keseluruhan jumlah pengundi.

Selain itu, Zuhdi berkata Tsunami Hijau akan turut memberi peluang kepada PAS memenangi kerusi campuran yang ditandingi oleh calon Bukan Muslim dari BN dan HARAPAN.

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/423384

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo