NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keluarga Tidak Izin Dr Mahathir Ziarah Kubur Nik Aziz

0
kalau beliau nak datang boleh datang selepas pilihan raya umum

Anak Nik Aziz mahu halang Dr M ziarah kubur bapa

KOTA BHARU: Berikutan kemelut yang melanda keluarga Nik Aziz yang berpunca dari Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diketuai oleh Dr Mahathir, ahli keluarga Nik Aziz tidak mengizinkan kubur almarhum diziarahi oleh Dr Mahathir hari ini.

Sumber:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/06/anak-nik-aziz-kunci-pagar-kubur-halang-dr-m/


Anak ketiga halang Dr M lawat pusara Nik Aziz

KOTA BHARU: Seorang anak allahyarham mursyidul am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi ini berkumpul bersama penyokong di pusara ayahandanya di Kota Bharu bagi menghalang lawatan Dr Mahathir Mohamad.

Nik Adli ketika ditemui Malaysiakini berkata, beliau mewakili pihak keluarga tidak mengizinkan ziarah pemimpin tersebut.

"Ya keluarga tak izinkan, kalau beliau nak datang boleh datang selepas pilihan raya umum.

"Kita nampak ada kepentingan, kalau nak datang, datang selepas pilihan raya walaupun kalah atau menang, " katanya yang pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas dakwaan terlibat kegiatan pengganas.

Kelihatan juga seorang lelaki mengunci tanah perkuburan di Pulau Melaka itu.

Sebuah lori juga diletakkan oleh Nik Adli di depan pintu pagarnya.

Semalam Mahathir telah menziarahi kubur bekas presiden PAS, allahyarham Datuk Fadzil Noor di Kedah.

Dr Mahathir dijadualkan hadir ke dua program lain di Kelantan, hari ini iaitu program Santai Bersama Tun M di Kok Lanas, di parlimen Ketereh dan Tun M Bersama Rakyat di Kampung Cherang, Kota Bharu.

Sementara itu, Pengerusi HARAPAN Kelantan, Husam Musa memaklumkan Dr Mahathir menangguhkan dahulu lawatan berkenaan.

Sumber:
https://m.malaysiakini.com/news/423288

Berita berkaitan:
http://www.1media.my/2018/05/keluarga-tgna-jemput-dr-m-hadir-ziarah.html



________________________

Manifesto manakah pilihan rakyat?

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo