Gagasan Sejahtera - PAS Yakin Menang Majoriti Mudah 112 Kerusi Parlimen

perkembangan positif daripada 169 pusat kempen di seluruh negara meyakinkan PAS untuk mencapai sasaran untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah

Gagasan Sejahtera yakin potensi menang 112 kerusi


KUALA LUMPUR: Gagasan Sejahtera melahirkan keyakinan awal untuk memenangi 112 kerusi Parlimen sekali gus mampu menerajui negara dengan simple majority.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, PAS yakin untuk memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata demikian semasa sidang media khas di Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut sebentar tadi.

Beliau yang juga jurucakap rasmi Gagasan Sejahtera memaklumkan bahawa perkembangan positif daripada 169 pusat kempen di seluruh negara meyakinkan PAS untuk mencapai sasaran untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Kata beliau, keyakinan PAS ini didorong oleh jentera PAS yang menjalankan kempen dengan kaedah turun padang untuk bertemu pengundi secara langsung.

Gagasan Sejahtera yang dianggotai oleh PAS meletakkan 158 calon untuk bertanding kerusi Parlimen di seluruh negara.

PAS memerlukan sekurang-kurang 112 kerusi untuk mencapai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan tanpa bergabung dengan mana-mana parti politik lain. – HARAKAHDAILY 5/5/2018

Sumber:
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/6538-gagasan-sejahtera-yakin-potensi-menang-112-kerusi
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget