NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gulai Kawah bersama Tok Guru... Jom Hadir HAT17!






KUALA LUMPUR, 7hb November, 2017: Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) menjemput semua perantau anak negeri itu ke program Gulai Kawah bersama Tok Guru sempena Himpunan Anak Terengganu Diperantauan 2017 (HAT17).

“Program himpunan tersebut akan diadakan di Dewan Laman Anggerik, Bandar baru Bangi pada jam 2 petang, Sabtu, 11hb November, 2017. Program HAT17 ini sebenarnya bermula jam 7.00 pagi lagi dengan satu kejohanan futsal Piala Presiden Perantau yang akan diadakan di sebuah gelanggang futsal tidak jauh dari dewan tersebut” kata Suhaimi Embong yang menjadi Pengarah HAT17.

Beliau yang juga Naib Presiden Perantau memaklumkan, satu pembentangan dan diskusi membincangkan 15 tawaran awal manifesto PAS Terengagnu pada pilihanraya umum ke-14 itu perlu dijadikan gelanggang oleh warga perantau untuk menilai PAS untuk membuktikan pemerintahan Islam yang adil dan saksama kepada rakyat Terengganu bila diberikan peluang sekali lagi dalam Pilihan raya Umum ke-14 (PRU-14) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ustaz Dato’ Husin Awang dijangka akan turut serta untuk merasmikan dan menutup HAT’17 pada kali ini.

Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Ustaz Sabri di talian 013 701 0897 atau Wan Mohd Faizul Abas 013-927 7330 atau Zulhimi Abd Rahman (012-9283560).

SE 07/11/2017



© all rights reserved
made with by templateszoo