Header Ads

Himpunan Solidariti Ummah & Munajat Perdana


Malaysia sebagai negara berpengaruh di dalam ASEAN dan OIC selayaknya menjadi kuasa pendesak dan penggerak yang berkesan bagi meletakkan ASEAN dan OIC dapat melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan untuk menghentikan segera segala penindasan dan penghapusan etnik yang tidak bertamadun ini.


1. ASEAN dan OIC antara badan paling wajar bertindak segera ke atas derita dan sengsara yang sedang dihadapi oleh masyarakat Rohingya di Mynmar dan juga mangsa pergolakan panjang di Syria dan Palestine.

2. Malaysia pun sebagai negara berpengaruh di dalam ASEAN dan OIC selayaknya menjadi kuasa pendesak dan penggerak yang berkesan bagi meletakkan ASEAN dan OIC dapat melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan untuk menghentikan segera segala penindasan dan penghapusan etnik yang tidak bertamadun ini.

3. Bahkan Malaysia juga selayaknya memainkan peranan yang lebih aktif dan berkesan dengan memanafaatkan semua keupayaan dan kelebihan  diplomatik peringkat antarabangsa yang dimiliki oleh Malaysia termasuk di PBB agar mengambil perhatian serta tindakan pihak berkuasa antarabangsa agar bertindak menamatkan konflik dan kekejaman atas masyarakat yang lemah.

4. Meskipun kekejaman ini berlaku jauh di luar sempadan negara kita, namun sebagai ummat Islam malah masyarakat yang bertamadun, kita mesti mengambil apa jua tindakan dalam ruang keupayaan kita untuk menyelamatkan insan tertindas. Paling tidak, kita nyatakan solidariti kita bersama masyarakat prihatin seluruh dunia ke atas isu yang melanda Rohingya, Syria dan Gaza. 

5. Kita juga perlu senantiasa memanjatkan doa dan munajat kepada Allah swt Tuhan Yang Maha Kuasa agar memberi pertolongan kepada insan yang lemah mendepani kekejaman regim yang berkuasa.

6. Melunas tanggungjawab itu, maka kami dari Kongres Rakyat bersama semua pihak ngo-ngo prihatin juga parti - parti politik menganjurkan Solat Hajat dan Munajat Perdana selepas solat zohor berjamaah di Masjid Negara. Program ini seperti maklumat berikut :


Berikut maklumat Himpunan Solidariti Ummah & Munajat Perdana.

Tarikh : 26 Nov 2016
Hari : Sabtu
Masa : 1.00 pm - 4.00 pm
Tempat : Masjid Negara, Kuala Lumpur.

1.00 pm : Solat Zohor berjamaah
1.20 pm : Solat Hajat dan Munajat
2.00 pm : Pidato Pimpinan 
4.20 pm : Solat Asar berjamaah
4.30 pm : Bersurai.

Semua warga prihatin dijemput hadhir.

Sekian.