NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu bermula RM125



BANGI, 7 JAMADILAWAL — Tambang bagi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan bermula daripada RM125 untuk perkhidmatan transit Kelas Ekonomi bagi perjalanan antara Gombak dan Kota Bharu, menjelang permulaan operasi komersial kereta api itu yang dijadualkan pertengahan Disember ini.

Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memaklumkan bahawa kerajaan meluluskan cadangan struktur tambang itu pada 16 Oktober lalu berdasarkan mekanisme penetapan harga dinamik.

Menurut MRL, bagi laluan Gombak-Kota Bharu sepanjang 523 kilometer, tambang Ekspres akan bermula daripada RM147, manakala tambang Transit bagi perjalanan dari Gombak ke Kuala Terengganu dan KotaSAS masing-masing bermula daripada RM95 dan RM60.

Sementara itu, tambang Ekspres bagi laluan Gombak-Kuala Terengganu dan Gombak-KotaSAS masing-masing akan bermula daripada RM110 dan RM68.


Sumber | TV Pertiwi 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo