Pengerusi PH Melaka Adly Zahari, berkata namun perkara itu hanya akan dimuktamadkan melalui mesyuarat Majlis Presiden PH esok, sebelum diumumkan Sabtu ini.
“Saya tak fikir PH akan bertanding semua kerusi. Daripada awal kita sudah tahu kita tidak akan bertanding 28 kerusi, sebaliknya memberi tumpuan pada kerusi yang kita ada kekuatan berdasarkan tiga faktor tadi.
“Kita rasa strategi itu lebih baik…kalau kita lihat di Johor dan Negeri Sembilan, kita bertanding solo pada keseluruhan kerusi, namun di Melaka kita ambil langkah strategik,” katanya menurut Berita Harian.
Adly yang juga bekas ketua menteri Melaka, berkata PH mempunyai peluang menang lebih baik apabila menumpukan kepada kerusi berpotensi.
Menjawab dakwaan PH memberi laluan kepada Bersatu, Adly berkata, ketika ini PH fokus menghadapi PRN secara bersendiri.
Katanya, tiada rundingan dibuat di peringkat negeri berhubung kerjasama itu, sebaliknya hanya membabitkan kerusi akan ditandingi PH.
“Selalunya orang akan melihat kalau ada kerjasama politik, tiada pertembungan…namun fokus kita adalah bagaimana kita boleh memberikan tumpuan pada kerusi yang ingin ditandingi.”
PRN Melaka akan berlangsung 14 Nov dengan penamaan calon ditetapkan 31 Okt.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment