NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Negara perlukan pemimpin yang faham Islam – Dr Ridhuan Tee



BANGI, 8 JAMADILAWAL — Negara memerlukan pemimpin yang memahami Islam sebagai cara hidup dan mempunyai jati diri, kata Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Menyentuh kelantangan segelintir pemimpin yang menentang rasuah dan sakau, beliau mengakui tindakan itu mulia, namun tidak mencukupi jika kemungkaran lain tidak turut ditentang.

“Kuat menentang rasuah, menentang sakau, tidak cukup, walaupun tidak dinafikan tindakan tersebut adalah tindakan mulia. Ada amar makruf, mesti diikuti dengan nahi mungkar,” katanya dalam tulisan kolumnis yang disiarkan kepada TV Pertiwi.

Menurut Dr Ridhuan Tee, Islam perlu dilihat sebagai cara hidup yang diamalkan dalam setiap keadaan, bukan hanya pada waktu tertentu.

“Islam adalah cara hidup atau way of life,” tulisnya.

Beliau berkata kefahaman dan pengamalan Islam sebagai cara hidup itu penting bagi seseorang pemimpin, terutama pemimpin tertinggi negara.

“Untuk menjadi pemimpin, terutama pemimpin tertinggi negara, mesti faham Islam sebagai cara hidup dan mempunyai jati diri. Mesti ada sifat istiqamah, iaitu tetap pendirian,” katanya.

Dr Ridhuan Tee turut mengingatkan pemimpin agar tidak berubah-ubah pendirian kerana menurutnya, tindakan sedemikian akan merosakkan imej Islam.

“Pemimpin tidak boleh jadi macam yoyo. Hari ini jadi baik, esok jadi tak baik. Islam bukan sebegitu sifatnya. Malah, tindakan sedemikian akan merosakkan imej Islam,” tulisnya.

Justeru, beliau menggesa rakyat menilai pemimpin yang dipilih supaya tidak tersalah pilih.

“Pilihlah pemimpin yang beramal dengan cara hidup Islam dan berjati diri, serta beristiqamah,” katanya.

Baca tulisan penuh Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah di portal TV Pertiwi.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo