Dalam hantaran di Facebook, Samsuri mempersoalkan masa keputusan berkenaan dibuat ketika pertikaian berkaitan tindakan JPPM terhadap PN masih dalam proses mahkamah.
“Apa yang berlaku sehari sebelum kes dibawa ke mahkamah adalah satu tindakan luar biasa. Memang luar biasa, yang boleh jadi luar tabii,” katanya.
Beliau turut mendakwa beberapa tindakan terhadap PN menjelang PRN Melaka menunjukkan wujud motif politik dan “ketakutan” terhadap gabungan itu.
Menurutnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga baru-baru ini meminta PN memberikan maklum balas berhubung penggunaan logo gabungan itu pada pilihan raya berkenaan.
“Semua tindakan yang selari dengan garis masa sebelum pengisytiharan calon pilihan raya Melaka, dalam keadaan pihak SPR baru dua hari lalu menghantar surat kepada PN untuk memberi respons penggunaan logo PN, adalah jelas bermotifkan ketakutan kepada gabungan ini.
“Ingatlah, gelombang rakyat tidak akan mudah padam dengan tindakan orang politik yang berselindung di sebalik kuasa,” kata menteri besar Terengganu itu.
Awal hari ini, JPPM membatalkan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan dikemukakan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.
Keputusan itu dibuat mengikut subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 selepas JPPM meneliti keseluruhan dokumen dan representasi dikemukakan PN pada 12 Okt.
PN sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan JPPM, manakala permohonan berkaitan penangguhan tindakan terhadap gabungan itu dijadual didengar pada 22 Okt.
Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan turut berkata gabungan itu akan mencabar pembatalan pendaftarannya dan memohon supaya pelaksanaan serta kesannya ditangguhkan sementara menunggu keputusan mahkamah.
PRN Melaka ditetapkan pada 14 Nov, dengan penamaan calon pada 31 Okt dan pengundian awal pada 10 Nov.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment