NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP tak tanding Bemban kerana peluang menang tipis, kata Loke



PETALING JAYA:
 DAP tidak akan bertanding di kerusi Bemban pada PRN Melaka akan datang selepas menilai peluang parti itu untuk menang di situ sebagai tipis, kata Setiausaha Agungnya Loke Siew Fook.

Loke berkata Bemban menjadi satu-satunya kerusi ditandingi DAP pada PRN 2021 yang menyaksikan parti itu menduduki tempat ketiga, manakala di kerusi lain yang gagal dimenangi, DAP berada di tempat kedua, lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata DAP kini memberi keutamaan untuk mempertahankan empat kerusi penyandang daripada tujuh kerusi yang akan ditandinginya, berbanding membahagikan tenaga dan sumber parti terlalu luas.

“Kita mahu memastikan kekuatan dan sumber yang ada, termasuk tumpuan kita, diberikan kepada kerusi yang boleh dimenangi.

“Sebab itu kali ini kita hanya bertanding tujuh kerusi dan tidak bertanding di Bemban. Ini keputusan teknikal dan strategik yang dibuat parti,” katanya.

Loke berkata demikian susulan keputusan bekas pengerusi DAP Melaka Damian Yeo untuk memboikot kempen Pakatan Harapan (PH) bagi PRN Melaka pada 14 Nov, berikutan dakwaan kemungkinan wujud persefahaman pilihan raya dengan Bersatu.

Yeo sebelum ini berkata beliau dimaklumkan bahawa rancangan ‘PH Plus’ mungkin menyaksikan PH memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di Bemban.

Mengulas rasa tidak puas hati berhubung pembahagian kerusi, Loke berkata perbezaan pandangan seperti itu bukan sesuatu yang luar biasa dalam parti politik.

Katanya, keputusan mengenai agihan kerusi dan pemilihan calon dibuat oleh kepimpinan tertinggi parti, walaupun ada ahli yang mempunyai pandangan berbeza.


Sumber | FMT Malaysia







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo