NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dana tambahan RM500 juta dilulus untuk kementerian Zahid selepas terlebih belanja



PETALING JAYA:
 Perbendaharaan meluluskan dana tambahan RM500 juta kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang diterajui Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi selepas kementerian itu berbelanja melebihi peruntukan asal bagi tahun ini.

Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, berkata KKDW telah diperuntukkan RM2.11 bilion bagi tahun ini, peningkatan lebih RM500 juta berbanding 2025, selepas ia berbelanja melebihi peruntukan ditetapkan pada 2023, 2024 dan 2025.

Tetapi, katanya, peningkatan peruntukan itu masih tidak mencukupi, sekali gus mendorong Kementerian Kewangan mengambil langkah tambahan.


“Pertama, mengenal pasti penjimatan belanja pembangunan daripada kementerian lain dan setakat ini telah meluluskan perbelanjaan tambahan RM500 juta untuk 2026 dengan mengeluarkan surat kebenaran berbelanja melebihi peruntukan.


“Kedua, pada 10 Sept lalu, mengarahkan KKDW menangguh pengeluaran surat setuju terima baharu berhubung (projek) jalan luar bandar supaya tidak menambah lagi tunggakan bayaran (kepada kontraktor).

“Ketiga, memohon KKDW menyediakan unjuran keperluan peruntukan jalan luar bandar sehingga hujung 2026 dan 2027 berdasarkan kontrak yang telah dianugerahkan,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Anwar yang juga perdana menteri menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) bagi memperincikan tindakan diambil terhadap pihak bertanggungjawab atas perbelanjaan berlebihan KKDW secara berterusan.

Lim turut bertanya sama ada kontraktor bagi projek KKDW dipilih melalui tender terbuka.

Anwar berkata, Perbendaharaan memperkenalkan sistem tender terbuka pra-kelayakan terpilih (TTPKT) di KKDW pada 2023, namun Laporan Ketua Audit Negara tahun lalu mendapati sistem baharu itu gagal mencapai objektif asal Putrajaya.


“Dengan itu, Kementerian Kewangan telah menghentikan kelulusan kaedah TTPKT oleh KKDW untuk projek baharu.”

Bulan lalu, Zahid mendedahkan sebahagian kontraktor melaksanakan projek luar bandar lewat menerima bayaran daripada kerajaan sehingga ada yang terpaksa menutup operasi akibat masalah aliran tunai.

Susulan itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican dilaporkan berkata, sebahagian besar peruntukan tahun ini untuk projek jalan luar bandar sudah dibelanjakan menyebabkan kekangan pembayaran.

Katanya, peruntukan itu telah diagihkan sepenuhnya, manakala KKDW secara konsisten berbelanja melebihi peruntukan tahunan diluluskan untuk projek jalan luar bandar sejak beberapa tahun ini, dengan jumlah perbelanjaan berlebihan terkumpul sebanyak RM2.1 bilion direkodkan dari 2023 hingga 2025.


Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo