Rafiq berkata keputusan PN menerima Wawasan tanpa persetujuan semua parti komponen menjadi antara punca perselisihan, serta tindakan PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu.
“Kalau setakat nak panggil dengan yang asal (parti komponen asal), tiada masalah. Jika ada Wawasan, kenapa kita nak pergi?” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan mengumumkan Bersatu akan diundang ke mesyuarat PN, selepas mahkamah hari ini membenarkan permohonan PN menangguhkan pelaksanaan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM).
JPPM membatalkan pendaftaran PN ekoran aduan Bersatu, yang menurut Setiausaha Agungnya Azmin Ali berkenaan pelanggaran perlembagaan PN oleh kepimpinan baharu PN.
Kali terakhir Bersatu menghadiri mesyuarat majlis tertinggi (MT) PN ialah pada 22 Jun lalu, sebelum mendakwa wakilnya dihalang menghadiri mesyuarat pada 16 Julai.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata PAS selaku pengerusi dan pentadbir PN sepatutnya mengundang Bersatu sejak awal.
Beliau berkata kemelut tidak sepatutnya berlarutan hingga ke peringkat JPPM dan mahkamah sekiranya perlembagaan serta keputusan MT PN dipatuhi.
“PAS perlu faham bahawa mereka tidak sepatutnya bertindak secara ‘unilateral’ dan melanggar perlembagaan PN kerana negara ini ada undang-undang dan PN ada perlembagaan dan aturannya,” katanya.
Sementara itu, Rafiq menyifatkan pelawaan Takiyuddin tanda pengiktirafan terhadap Bersatu.
“Saya menghargai tindakan Takiyuddin,” katanya, sambil menegaskan keputusan sama ada Bersatu akan menghadiri mesyuarat itu perlu dibincangkan di peringkat pimpinan tertinggi parti.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment