Ahli Parlimen Kuching Bandar Baru, Dr Kelvin Yii, berkata sekolah sepatutnya menjadi tempat murid menimba ilmu dalam persekitaran selamat, bukan lokasi yang menimbulkan ketakutan.
“Semakin banyak ibu bapa, pelajar bimbang dan takut atas keselamatan mereka di sekolah,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.
Terdahulu, polis mengesahkan penahanan seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah antarabangsa di Kuching kerana disyaki menyerang seorang guru wanita.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak, dilaporkan berkata kejadian berlaku sekitar 7.49 pagi, manakala pihaknya menerima maklumat kira-kira 8.03 pagi.
Mangsa mengalami kecederaan pada tangan dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut.
Polis turut merampas objek tajam dipercayai kapak dan mercun yang menurut siasatan awal dibawa suspek.
Kelvin berkata, kejadian seumpama itu tidak wajar dianggap sebagai insiden terpencil, sebaliknya memerlukan perhatian terhadap aspek keselamatan, pendidikan dan kesihatan mental.
Beliau turut mempersoalkan langkah kerajaan menyediakan sokongan kesihatan mental kepada mangsa dan pelajar terbabit, selain menggesa penelitian terhadap pengaruh media sosial serta permainan video.
Kelvin berkata beliau tidak mahu sekolah dilengkapi pengesan logam di pintu masuk, namun menegaskan keselamatan guru dan murid mesti diutamakan.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment