Zahid yang juga presiden Umno menegaskan, tanpa 30 kerusi BN itu, Pakatan Harapan (PH) tidak akan mendapat majoriti di Parlimen untuk menerajui kerajaan semasa.
“Jangan ada sesiapa yang cuba menafikan hakikat ini … jadi jangan biarkan mereka memperlekehkan pengorbanan dan peranan yang telah kita mainkan,” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera BN Johor hari ini.
Dalam pada itu, Zahid mengundang seteru politik BN untuk bertanding kesemua 56 kerusi pada PRN Johor.
“Silakan. Kita jumpa di gelanggang,” katanya.
PH Johor sebelum ini mengumumkan ia akan bertanding semua kerusi pada PRN selepas BN Johor mengisytiharkan ia akan berbuat demikian. PH juga berkata, ia akan meletakkan calon di kesemua 36 kerusi pada PRN Negeri Sembilan akan datang.
Mengulas lanjut, Zahid berkata, PRN Johor akan menjadi titik tolak kebangkitan BN, dan gabungan itu mahu membuktikan pengaruhnya masih kuat.
“Kita mahu hantar mesej jelas bahawa ‘gelombang biru’ BN akan kembali, dan ia akan mula di Johor sebelum meluas ke seluruh negara,” katanya.
Beliau turut mempertahankan tindakan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi, membubarkan DUN sebelum penggalnya tamat, seterusnya mencetuskan pilihan raya, bagi memulangkan semula mandat kepada rakyat.
“Kalau Onn Hafiz sekadar nak selesa, buat apa susah-susah nak bubarkan? Duduk sajalah di singgah sana kuasa,” katanya.
DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun lepas, 10 bulan sebelum penggalnya tamat, iaitu pada April tahun depan.
Zahid berkata, BN akan masuk gelanggang pilihan raya kali ini dengan rekod prestasi dan pencapaian cemerlang, bukan sekadar ‘janji kosong’.
Beliau turut menasihati ahli-ahli agar tidak bertelingkah mengenai calon dan fokus pada usaha menang pada pilihan raya.
“Hanya ada satu calon bagi kita, (iaitu) calon BN,” katanya.
BN membentuk kerajaan Johor selepas menang 40 kerusi dalam DUN 56 kerusi pada Mac 2022, manakala PH menang 12, Perikatan Nasional tiga kerusi, dan Muda satu kerusi.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment