NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Johor 11 Julai, Negeri Sembilan 1 Ogos



PETALING JAYA:
 PRN Johor akan diadakan pada 11 Julai manakala 1 Ogos untuk pengundian di Negeri Sembilan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ramlan Harun.

Menurutnya, hari penamaan calon di Johor ditetapkan pada 27 Jun, manakala pengundi awal akan membuang undi pada 7 Julai.

Penamaan calon di Negeri Sembilan pula dijadualkan 18 Julai manakala undi awal 28 Julai.

PRN diadakan susulan pembubaran DUN Johor dan Negeri Sembilan masing-masing pada 1 dan 5 Jun.

Menurut Ramlan, PRN Johor dianggarkan memerlukan peruntukan RM86.8 juta manakala RM80.6 juta untuk proses pilihan raya DUN di Negeri Sembilan.

Jelasnya, seramai 2.72 juta pemilih layak mengundi di Johor dengan 2.7 juta pengundi biasa diikuti 12,041 tentera serta pasangan dan 12,710 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am.

Seramai 889,490 pemilih di Negeri Sembilan terdiri daripada 867,151 pengundi biasa, 16,884 tentera serta pasangan dan 5,455 polis.


Sumber | FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo