NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO tiada niat jadi pembangkang di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid



KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa UMNO tidak mempunyai sebarang niat untuk menjadi pembangkang di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, sebaliknya keputusan di peringkat pusat menetapkan bahawa 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO di negeri tersebut akan terus menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

"Kita tidak ada niat pun untuk menjadi pembangkang. Itu hanya sebuah kenyataan sahaja.

"Selain itu, kita juga belum pernah bincangkan mengenai jawatan Menteri Besar di negeri tersebut," katanya kepada pemberita ketika hadir pada Perhimpunan Kami Gen Mara di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Isnin lalu, Jalaluddin mengumumkan kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO BN Negeri Sembilan sebulat suara menarik sokongan dan menyatakan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin, sekali gus mencetuskan krisis politik di negeri itu.

Tindakan tersebut didakwa dibuat susulan krisis membabitkan institusi adat dan Perlembagaan Negeri Sembilan, yang tegasnya perlu dihormati serta dipertahankan tanpa campur tangan politik.

Ditanya mengenai persiapan Barisan Nasional bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri (PRN) mengejut sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dibubarkan dalam masa terdekat Ahmad Zahid memberitahu, Barisan Nasional telah bersedia ke arah itu namun mengenai calon belum ditentukan.

"Terlalu awal untuk kenal pasti calon.

"Semua parti telah bersiap sedia dan yang paling penting apabila mandat kepada rakyat ini kita serahkan semula maka rakyat harus memilih kombinasi yang terbaik," ulasnya.

Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo