SHAH ALAM – Kerajaan Malaysia perlu mendapatkan penjelasan daripada Filipina berhubung sumber sebenar bekalan sebanyak 329,000 tong diesel yang dilaporkan tiba di negara itu dan didakwa berasal dari Malaysia.
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata, kerajaan tidak seharusnya sekadar menafikan dakwaan tanpa memberikan penjelasan terperinci kepada rakyat.
"Cuba kerajaan Malaysia tanya kerajaan Filipina minyak diesel itu datang dari kilang penapisan mana? Dan jelaskan kepada rakyat.
"Jangan sekadar menafikan. Perkara itu mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Ini perkara serius. Rakyat ingin tahu," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.
Pada Sabtu, media Filipina melaporkan sebanyak 329,000 tong atau kira-kira 52 juta liter diesel dari Malaysia dihantar ke negara jiran tersebut.
Menurut laporan itu, penghantaran tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Filipina memperkukuh bekalan domestik, susulan penghantaran 142,000 tong atau 22.578 juta liter dari Jepun pada 26 Mac.
Dalam perkembangan sama, Isham turut mempersoalkan percanggahan kenyataan berhubung isu penghantaran minyak diesel dari Malaysia ke Filipina tersebut.
"Petronas menafikan terlibat menghantar minyak sebanyak 329,000 tong ke Filipina. Kerajaan pula menyatakan minyak itu bukan dari Malaysia. Jadi, adakah kerajaan Filipina memberikan maklumat tidak tepat atau pihak lain yang tersilap?," soalnya.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment