KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim menyifatkan adalah sangat kritikal untuk kerajaan mengkaji semula harga lantai padi sedia ada.
Menurutnya, ia bukan tuntutan yang berlebihan tetapi suatu penyelarasan yang adil dengan mengambil kira semua kos pengeluaran yang perlu ditanggung pesawah.
Beliau mendakwa, kos mengerjakan sawah padi sekarang kira-kira RM5,500 perhektar, termasuk kos membajak, benih, racun, jentuai, pengangkutan dan sebagainya.
Jelasnya, mengambil kira sehektar sawah menghasilkan purata kira-kira 3.5 metrik tan padi, ia bermakna kos menghasilkan satu tan padi adalah kira-kira RM1,500.
“Harga lantai padi sekarang RM1500/hektar. Apa yang petani dapat selepas segala penat lelah dan pengorbanan?
“Jawabnya hanya dapat pahala kerana bekerja untuk memberi kita semua makan,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau malam ini.
Tambah beliau, para petani bukan mahu menjadi kaya-raya, sebaliknya hanya menuntut sedikit ruang untuk bernafas.
Ujarnya, tidak sepatutnya pesawah dibiarkan bersendirian menanggung beban.
“Habis tu Exco Pertanian buat apa?
“Harga padi bukan bawah bidang kuasa negeri. Sebab itu Exco Pertanian memanfaatkan pelbagai platform untuk menyuarakan isu ini agar diteliti sebaiknya oleh pihak yang mempunyai bidang kuasa,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment