NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Ahmad Samsuri terima penghargaan daripada PM




MARANG
: Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerima penghargaan daripada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas usaha proaktif beliau dalam menyelaras dan mempercepatkan pelaksanaan projek Kolej Matrikulasi Marang.

Anwar berkata, komitmen yang ditunjukkan oleh Dr Ahmad Samsuri memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran proses pelaksanaan projek berkenaan.

“Alhamdulillah, pada hari ini kita dapat sama-sama menjayakan peluncuran dan majlis pecah tanah Kolej Matrikulasi Marang, Terengganu.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar kerana membantu menyelaraskan kegiatan ini dan mempercepatkan proses,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Kolej Matrikulasi Terengganu di Bukit Payong, di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Azmi Mohamad Daham.

Menurut beliau, projek tersebut wajar diklasifikasikan sebagai projek kritikal yang perlu disegerakan bagi memenuhi keperluan pendidikan di negeri itu.

Katanya, kewujudan kolej matrikulasi di Terengganu adalah langkah penting memandangkan kebanyakan negeri lain telah mempunyai kemudahan sama.

“Semua negeri sudah ada kolej matrikulasi, maka kita rasa sesuai dan wajar untuk kita teruskan di Terengganu ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anwar turut memuji pencapaian pendidikan negeri Terengganu yang disifatkan membanggakan, khususnya dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkini.

Beliau berkata, kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama erat antara pelajar, ibu bapa serta guru yang sentiasa komited dalam meningkatkan prestasi pendidikan negeri.

“Saya ucapkan tahniah atas prestasi pendidikan terutama dalam SPM yang membanggakan.

“Ia menunjukkan bukan sahaja ketekunan pelajar, tetapi juga kesedaran ibu bapa serta semangat guru-guru,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/4/2026






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo