NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta



GUA MUSANG: Kerja-kerja pembaikan cerun di laluan FT185, Seksyen 107.6, Jalan Lojing-Gua Musang di sini dijangka bermula Mac depan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata pembinaan lencongan jalan sementara dilaksanakan terlebih dahulu agar laluan berkenaan dapat dibuka semula kepada pengguna.

“Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku pengarah projek diberi tanggungjawab untuk merancang, mengurus dan menyelia kerja-kerja penyenggaraan cerun terbabit.

“Pelaksanaan kontrak jangka panjang bagi kerja-kerja penyenggaraan cerun ini mencerminkam keprihatinan dan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus menambah baik kualiti infrastruktur jalan raya termasuk cerun demi keselesaan dan keselamatan pengguna,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas meninjau tapak projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah JKR Kelantan Nik Badlihisham Nik Ismail.

Pada 3 Dis lepas, laluan terbabit terpaksa ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan akibat kejadian tanah runtuh.

Dalam perkembangan lain, Nanta berkata Kerajaan Persekutuan turut memperuntukkan RM96 juta untuk menaik taraf Jalan Raya Timur Barat (JRTB) melibatkan jajaran di Kelantan.

Semalam, beliau dilapor berkata sebanyak RM350 juta diperuntuk untuk menaik taraf JRTB di Perak atau laluan FT004 di bawah Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi memastikan laluan itu lebih selamat, selesa dan berdaya tahan.

Kerja-kerja awalan untuk projek berkenaan boleh bermula tahun ini dan berharap sebahagiannya mula dilaksanakan secara fizikal tahun depan.–AlHijrah Online







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo