NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zohran Mamdani Cipta Sejarah Angkat Sumpah Jawatan Dengan Al-Quran.

NEW YORK - Zohran Mamdani pada Khamis mencipta sejarah menjadi Datuk Bandar New York pertama mengangkat sumpah jawatan dengan al-Quran.

Datuk Bandar Muslim pertama kota metropolitan terbesar di Amerika Syarikat (AS) berusia 34 tahun itu menggunakan kitab suci peninggalan datuknya dan salinan berusia 200 tahun yang dipinjam dari Perpustakaan Awam New York (NYPL) untuk acara persendirian tersebut yang berlangsung di stesen kereta api bawah tanah terbiar di Times Square.

Pejabat beliau menjelaskan lokasi di bawah Dewan Bandar Raya dipilih untuk mencerminkan komitmen beliau kepada golongan pekerja selepas parti Demokrat berkempen untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Ia satu penghormatan seumur hidup,” katanya selepas majlis angkat sumpah tersebut yang dilakukan di hadapan Peguam Negara New York, Letitia James yang sebelum ini pernah mendakwa Presiden Donald Trump berhubung kes penipuan.

Pelantikan ahli politik kelahiran Uganda itu dijangka menimbulkan pertikaian dengan Trump memandangkan dasar kedua-duanya termasuk dalam isu imigresen saling bertentangan. - AFP

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo