BANGI, 12 REJAB – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan gesaan pemimpin tertentu yang mahu supaya Muafakat Nasional (MN) dihidupkan kembali belum berada pada tahap serius.
Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, semua parti yang bernaung di bawah Kerajaan Perpaduan memberikan komitmen untuk menumpukan perhatian terhadap pertumbuhan ekonomi, pembelaan nasib rakyat sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“(Gesaan kembalikan MN) itu belum serius. Saya belum dapat maklumat lagi. Itu keputusan (parti) masing-masing.
“Tapi yang penting, sekarang Kerajaan Perpaduan masih utuh,” katanya ditemui media selepas solat Jumaat di Masjid Jumhuriah Petaling Jaya, hari ini.
Mengulas mengenai kemelut politik antara BERSATU dan PAS yang dilihat mempunyai kesan terhadap parti tertentu dalam Kerajaan Perpaduan, terutama UMNO, Anwar memberitahu bahawa isu yang membabitkan dua parti pembangkang itu juga tidak memberi sebarang masalah kepada kerajaan sekarang.
“Soal idaman dan igauan (parti pembangkang ini), soal dia bercerai berai itu bukanlah masalah saya.
“Itu masalah mereka, (saya) tak campur. Itu masalah PAS dan BERSATU cerai berai bukan masalah Kerajaan Perpaduan,” katanya.
Kemelut politik antara BERSATU dan PAS menyebabkan timbul gesaan daripada kalangan pemimpin UMNO dan PAS untuk menghidupkan semula gagasan MN yang sebelum ini diterajui kedua-dua parti itu.
Namun, setakat ini tiada keputusan rasmi membabitkan pemimpin tertinggi PAS dan UMNO berhubung perkara itu.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment